15 February 2009

Undi~Undi

tadi aku basuh kereta aku dgn housemate aku...
selepas itu of course la aku laparrrr...
pagi tadi mkn roti canai sekeping saja..

waaa.. perut mmg dah mula mendendangkan lagu Britney Spears.
mmg aku lapar~lapar~lapar..
nak keluar mmg aku malas seyh.. baru lepas cuci kereta, penat segala.

then aku cm terfikir nak buat "delivery ordering" saja...

Aira : Shuuu.., i nak order McD la. boleh tak??
Shu : oih... tak bleh-tak bleh... Aira u pun boikot kan. jangan lupa
Aira : Alorrr .. shu, siyes i lapar gilerr ni.. skali ni je la eh..?
Shu : TAK BOLEH!! tapi kalau u rasa nak order-order jer la.. hak u..

Aku pun terfikir.. ish apa pasal laaa aku lapar giler sampai teringat McD jer nih?
aku mmg boikot kot... aaarrhhh! pastu aku pun potong kertas kecil-kecil nak buat undian atara beli McD atau aku kena KELUAR jugak! di mulakan dengan Bismisllah.. aku pun suruh housemate dan kawannya mencabut undi. paling bnyak tu jer ketentuannya.

RESULT : 2 UNDI - Keluar 1 UNDI - McD

waaa.. tergolek aku dari sofa... kena keluar?? tak larat nih... mata cam nak tutup jer..

Shu : I rasa u patut buka TV 1 atau TV 2 tengok iklan anak2 Palestin baru semangat u naik balik! hahaha

K. Shu : Airaaa.. u must stick with it. dun do it!

then diorang berdua pun keluar dari rumah meninggalkan aku keseorangan di rumah. dan mengulangi amarannya "DONT BUY McD!"

Kalau ikutkan aku, mmg aku nak order jer.. bukan diorang ada kat rumah pun...
then aku pun membuka website McD. nak tgk menu... hehehe sedap gilerrr.. tengah lapar lah kan.. ibu jari nak tekan butang call jerr.. tapi bisikan hati aku berkata-kata

"Aira.. theres's maybe a way that u dont have to go out and order the delivery service. think~think~think"

Aaaah.. memang berat hati aku nak keluar dan order McD. Boikot tetap kena boikot!

tup-tup.. IDEA.. yea yea! aku teringat ada Sosej dalam peti sejuk.. terus aku gorengkan sahaja kesemuanya. miahaha

kemudian aku turun beli air Lemon Tea dan ais krim kat kedai mini di bawah.

Budget aku guna hanya RM3.80.
bayangkan kalau aku beli McD! Sah2 RM15 terbang..

hasutan syaitan semata-mata menggalakkan aku membeli McD.
Alhamdullillah aku dapat mengelak!

lalalala


bb.
Airarora

7 comments:

ciknadia8 said...

waaa.....
gud2...u kuat semangat
;)

joegrimjow said...

haha, siap buat undi lagi??
aiseeehh. gud2

tetibe perut rase lapo...

Karl Hummingbird said...

aihh aira, u jgn wat pasal. boikot tetap boikot.

zionis + setan = dua kali lima

farish izaryl @izreez said...

waa kuat tul smngat u.bgus laa.rizz pon dh xmkn dh sume tu..mmg kte xley thn nafsu kdg2..:(

Ainee Cumi said...

woi aira!!
boikotr kang org cakap u cakap tak serupe bikin..jgn dengar i2 setan..
btol ckp princeshetaki..

i mmg takde hati nak beli mcd da..
sbb i rase cam i tgh tembak org2 kat gaza tu je kalau i beli..

btw, u pwasan tak tak penah2 mcd wat half price, now ade half price laks..
deme punyer sales da menurun..
kiter kene tekad!!kene tegar!!boikot!boikot!lantak r org nk cakap per pom..boikot tau!

a i r a said...

wow.. marah si pari2 ni..

hahaha..
yes. i boikot!

i tak beli pun...
yup dah turun harga sebab jualan dah kurang.

RemyLC said...

seb bek aira x bli, huhu...

Followers

Twitter