11 July 2009

Kembali Ke Sekolah??

Orang cakap, bila kita dah habis zaman persekolahan...
kita akan mempunyai keinginan untuk kembali ke sekolah semula..
ek??

soalan : Jika aku diberi peluang untuk kembali ke sekolah, mahukah aku??
Tidak sama sekali... buat pa??

why???!

Cerita di waktu Tadika atau Kindergarden

Bila dikenangkan...
aku seorang yg suka duduk berseorangan di atas tangga rumah Tadika... melihat budak2 lain main di tengah-tengah panas.. aku tak ikut main, aku tahu nanti aku kena buli..
cikgu-cikgu jer bnyak layan aku.. bertanyakan macam soalan..
aku pun lurus bendul menjawab segala yang ditanya..

Di waktu tadika, aku sedaya upaya bermegah-megah dengan kawan sekelasku..
terutama skali....
BOtol air dan Kotak Pensel... huh..
saper lagi canggih.. dia la menang... kawan-kawan aku suka sekali jeleskan aku..
Kawan : wei, tengok botol air kite, lawa tak? semalamkan kite gi parkson ngan mama kita, mama kite belikan... cmna?? canggih tak? boleh pusing sini, pusing sana.. lagikan.. papa kite bg hadiah, die beli pencil box warna pink kat kuala lumpur.. cantikkan?? haa.. ey jangan pegang!! nanti rosak kite report kat mama kite..

Aku : sori.. hmm.mlm ni aku pi ngan abah aku beli lg cnggih dari hang punya... jgn jeles!

bila pulang ke rumah.

Aku : Abah, nak beli botol air baru ngan pencil box!
Abah : Yang sekarang ni pakai pi mana??
Aku : Owh, la ni ada fesyen baru keluar.. kawan dah pakai...
Abah : Satgi abah pi beli...

tetapi sayang.. bapak ku terlupa belikan botol air, tetapi pencil box sahaja...
oklah, pandai2lah aku esok.. memang canggih bapak aku beli..

Di kelas,
Kawan : Kata nak beli?? dah beli dah kerr??
Aku : Dah.. ni dia.. haaa.. bapak aku beli taw.. mahal gila ooo..
Kawan : Apa ni weyh pencil box "Power Rangers" ?? eeee.. tu pencil box lelaki la... takda orang pakai laa... orang beli la barbie ker.. bunga2 ker.. baru la perempuan!
Aku : Lelaki ka?? ermm.. takpalah.. cantik pa.. ni ada power rangers pink.. ok lah!

sedeyh oo... benci aku ngan kawan-kawan yang suka menunjuk-nunjuk..
arlowww..azirahh.. saya sudah kasi cakap sama saya punya am'ma, dia kasi sama saya bawa itu botol kicap esok! apa macam? ada canggih???

Sekolah Rendah

Sekolah rendah, pada hari pertama, bapak aku ajar aku, bagaimana nak survive pada waktu rehat...
dia bagi aku 30sen, suruh aku gi beli air.. aku pun gi la beli... orang lain berebut.. aku pun berebut la...
masa darjah satu, di dalam kelas, aku disukai cikgu Bahasa Inggeris.. dia sering memuji aku di hadapan kelas depan2 budak2 kelas aku..

Cikgu : Tengok semua, tulisan dia paling cantik, semua kerja saya sentiasa siap! oleh itu saya akan hadiahkan sebuah komik untuknya nanti.
Aku : (berdiri dengan bangga....hehehe)

bermula pada hari itu, aku bersemangat nak masuk kelas cikgu itu.. kerana aku nak dpt komik... tapi tak dapat-dapat lagi sampai la sekarang..
tipu punya cikgu!

Akhir tahun darjah 2, aku teringin sekali nak jadi pengawas..kerana baju pengawas mmg cantik.. pada waktu itu peluang untuk menjadi pengawas di buka oleh cikgu pengawas, aku pun beria-ria nak jadi pengawas.. tetapi cikgu itu buat tak tahuuuu jer..buat2 tak nampak aku ini yng sedang mengangkat tangan.. sehingga berdiri atas kerusi.. smpai akhir.. dia buat tak tahu, dan terus keluar kelas, selepas mengambil nama pada murid2 yang berminat.. huh, agak malu la, kawan2 kelas aku nampak aku punya megah angkat tangan tapi tidak dilayan.. aku balik, aku nangis laaa.... aku bgtau mama, aku bgtau abah.. tetapi berjaya di tenangkan aku..

Darjah 3, aku sudah mula pandai berdendam, ada sorang budak perempuan ni.. oh si Wanie yg berlagak konon anak cikgu, dialah yg berkuasa, siyesli membuatkan aku menyampah gilerr dgn kelakuan dia yg lagak innocent! i dont like!

Disebabkan dia pandai, dan aku plak pandai cakap sampai ke darjah 6 aku sekelas dengan dier! dia menjadi favourite student kepada Cikgu Pengawas, iaitu cikgu Sains dari darjah 4 sampai lah darjah 6, empunya badan bernama Rogayah, pada zaman sekarang, tak main dah nama tu... dia sikit2 report kat cikgu gayah ni, kata aku itu ini...
aku tak suka sgt2 kat cikgu gayah tu.. dan dia pun tak suka ngan aku..
setiap pagi masuk kelas.. confirm muka mcm tepung gombak... lipstik merah "ang ang"..

Wanie : Huiyoo.. cikgu cantik la pagi ni!
Cik Gayah : Alah.. biasa-biasa ja...hehehe

Wah.. kaki bodek betul.. muka cmtu pun bleh kata lawa, i have no idea la.. atau dia pun suka gaya make up mcm tu..
perangai hodoh giler kot cikgu tu.. kutuk cikgu2 lain, then cakap main lepas jer...
Baik- baik naa... kami pun ex-xtudent Cikgu Gayah tau!

bila cik gayah marah aku, ini panggilan wajib yg diberikan padaku "anak orang kaya"
pantang nampak aku bersuara sembang2 dlm kelas dengan kawan sebelah aku, mmg kenalaa...

Cik Gayah : Kamu ni, mentang mak bapak kamu kaya, kamu ingat ni sekolah kamu?!? jangan nak berlagak anak orang kaya dalam kelas saya..

pernah sekali itu pernah diserang oleh bapak kawanku, kerana mulut, badan binasa. kerana dia kata kepada kawan ku yang agak slow belajar..
Cik Gayah : Nih kamu ni apsal otak lembab sangat?? bpk kamu bg makan duit haram apa hah?!

well.. kami masa itu baru umur 11 - 12 tahun.. manala tahu nak balas balik... menangis sampai balik tahu laa...
nak masuk darjah 6.. merupakan peristiwa yang paling tidak dapat ku lupakan...dengan cik gayah ni.. iaitu masa pengumuman kelas..
turun kelas ker??
atau stay kat kelas A ?? iaitu kelas generation ku dr drjah 4..
dierlah... yg bacakan nama satu persatu

Cik Gayah : Fatin,...Fazli,....., KELAS A.. tahun depan.. Sita, Aishah.. kamu KELAS B.. tahniah yerr...
Aku : cikgu, saya??
Cik Gayah : Hmm.. nama kamu?? tadak kat sini.. Kamu nanti diberhentikan dari sekolah!

semua budak2 kelas aku, tengok aku.. wah.. air mata dah bertakung..tahan jerr..
aperla aku dah buat?? geram giler aku time tu..
sampai jer rumah... aku menangis guling-guling haa.. sampai tak berdaya nak ckp!
aper lagi.. bapak aku pergi terus sekolah, tak jumpa cikgu tu, terus tanya guru besar..
apa sebab aku diberhentikan?? Guru besar pelik... aku kata.. Cikgu Gayah bgtau!
rupanya, dia tipu aku kot.. aku menangis lagi depan cikgu kelas aku, sampai cikgu pujuk2 aku...ahaa cikgu gayah tu.. mmg jeles ngan aku la..

Nak masuk sekolah menengah, aku tak pilih awal2.. aku tunggu semua kawan dah confirm
sekolah yg diorang nak pergi.. pastu aku gi check sorang2.. terutama sekali.. Si wanie gampang tu..aku taknak sama sekolah dgn dia..

Sekolah Menengah

sekolah menengah, yes.. aku dapat menjadi seorang pengawas.. rupanya cikgu english aku, cikgu pengawas.. huh.. barulah aku dapat merasa dunia diberi perhatian aku menjadi favourite student dier hinggalaaa.. form 3..
why form 3 jer?? form 4?? form 5??

ini cerita dier.. masa form 4 aku ada krisis sikit..
iaitu.. aku bergaduh gila-gila-gila dgn kawan baik aku... "tripple gila" la senang!
orang kata kalau sekolah perempuan saja, perempuan semua cm buas sket..
oh yer la kan...
gaduh cmner ek?? woo.. tak main la gaduh mulut ja..
ni semua tangan jer naik..tp kaki tak naik la.. cmner pun kemenangan selalu berpihak kepada ku.. sebab aku pengawas, dan cikgu lebih percaya kepada aku... lagi laa diorang taram dendam kat aku.. tapi its ok.. kami tak gaduh lama-lama.. kami berbaik jugak semula..
kemudian.. dua-dua orang kami stuck into a great-great-great problem.. "tripple great" la senang!
kitorang satu group terlupa nak bawa buku latihan perdagangan yang patut kena hantar pada hari itu... waa.. mau mengamuk cikgu tu... dia kira tak cukup, lagi 10 buku tak ada.. aa.. geng2 aku lah tu.. pastu ada sorang budak cina ni.. pergi mengaku dia tak hntar buku...

"cikgu, saya tak hantar.. minta maaf cikgu.." sambil menundukkan kepala..

mau saja.. kami semua nak melangkah kehadapan nak mengaku tak hantar... belum sempat nak angkat kaki....
KURANG AJAR!! KENAPA KAMU TAK HANTAR?? MAIN-MAIN DENGAN SAYA, SAYA HANTUK KEPALA KAMU SAMPAI TADAK RUPA!! LAGI SAPA LAGI??!

fuhh.. dia tengking memang bergema, muka cikgu ni ala-ala mami.. mata besar, siyes besar lg dari aku tau.. hidung pun tajam mcm pisau lepat..
mau dia tengking mcm tu.. sapa berani nak keluar?? uish.. pikir sepuluh kami semua ni.. semua hanya pandang memandang kat aku, paham la.. memek muka memberi pertanyaan..
"apa nak buat wey??"

adoii.. tanya aku, lagi la aku tak tahu, aku pun ketar lutut... tp aku la langkah keluar dulu.. diikuti 8 orang lagi.. waaa.. nak tahu apa kami kena??

dia tolak budak cina tu ketepi dengan ganasnya... dia tendang kelapan2 meja sampai terbalik.. pastu lagi sikit dia nak tampar muka kami satu persatu.. aper dia kata??
uish.. private confidential!
mau kena demerit sampai 30 markah.. termasuklah aku.. waaa
dibawah akta.. melawan cikgu..
biler masa kami melawan cikgu?? bukan dier ker lawan kami? tolak habis meja baling buku ala-ala WWE ! disebabkan, semua salah faham ini tidak dapat diselesaikan.. sampai mengheret satu sekolah.. aku dah jadi tension gila-gila..

So.. bapak aku tukarkan aku ke sekolah lain.. aku tak jd pengawas dah di sekolah tu.. walaupun di offer lg.. tp taknak lah.. dah fobia aku.. jadi la student biasa..
sekolah yang baruku ini, majoriti pelajar india, cina, tetapi melayu boleh kira pakai jari..
kelas aku 6 orang jer budak melayu, boleh dikatakan satu tingkatan.. haa.. sikitkan..
senang la sikit.. kawan ngan lain bangsa lagi best..
selama 1 tahun 1/2 ...
aku kat sekolah tu, aku dapat menamatkan zaman sekolah aku dengan jayanya tanpa sebarang masaalah..

Aku : Cikgu, apa pendapat cikgu kalau saya sambung form 6??
Cikgu Hilmi : Buat pa nak sambung Form 6?? nak pakai baju sekolah lagi? baik belah ja...
Aku : Yer tak yer kan cikgu....

Sekarang
sebab itu lah.. sampai sekarang aku sudah berada di campus hitam yang so called as a university iteww..

Based on the story above, that is why, i would never back to school !!
everything is because of some of my Teacher's ...

apsal ngan muka korang??



ada penat baca kah??


bb.
Airarora

1 comments:

joegrimjow said...

kekeke
mmg penat

ahaa
da berubah da blog die
smkin panjang


zaman skolah besh
smpai skrg akan pergi ke skolah
bukan untuk blajo
tp blagak sebagai senior

Followers

Twitter