21 November 2012

Pregnancy Test


Hi,

Orang lain mengandung, suami aku pun jadi kalut jugak nak tahu aku ni mengandung ke tak gara-gara si Diana ngan Farid Kamil dah dapat berita gembira tu selepas 16 hari kahwin. Aku plak lepas 17 hari kahwin, beza 1 hari ja pun...

Beza umur Diana ngan aku ni, mmg tak beza pun. Tapi mmg tak dinafikan mmg subur laa.. muda lagikan, aku pun muda jugak.. So, laki aku ingat aku ni pun berkemungkinan besar jugak la boleh dapat fenomena mcm tu, so dia ni kalutttt sangat2 suruh aku check jugak !
Alasan dia " Farid Kamil boleh, FARIDzul pun boleh ! " puii..

Ikutkan hati aku, memang aku taknak check pun lagi.. gilerr per awal-awal nak check ! tunggu period tak datang sudah ! Ni tak.. punya jakun laki aku ni duk whatssapp aku berkali-kali ingatkan aku suruh beli Pregnancy Test. Nak tak nak, pergi jugak lah Guardian kat Jusco tu lepas balik dari kerja.

Cari punya cari jumpa rak Pregnancy test tu... tengok harga macam mahal jer baik aku beli makan dasar kedekut.. hahaha range dari RM 10 - RM 55. Nak beli yang murah jer, tapi aku tengok mcm tak meyakinkan jer.. HAHA cari yg lebih RM 1- RM 2 biar padan sikit dengan harga ker perr pastuuu cari yg cantik sikit, dalam kepala duk fikir " kalau kena positif alang-alang tu bleh instagram ! " ! hahaha kan kan kannn.. So aku capai je lah yg warna Purple..

Aku balik, aku tak terus test.. aku makan, jemur kain dan lalalala dulu konon sengaja nak bagi si suami ni stress menunggu result (sapa suruh duduk jauh2 dari aku kann..dia yang beria-ria nak suruh aku check ! ) hehehe. yerla kan... asyik bertanya "dah check ke belum??" berkali-kali.. baik biarr dia tunggu jer. hahaha pastu sementara tunggu nature call, aku pun buka laaa.. baca instruction dulu, sbb beli satu jer dah la mahal! kang rugi, kalau tersalah cara... huhu pastu aku cam pelik sikit.. asal dia tak sebut apa2 tentang kehamilan dalam kertas tu... bnyak tentang kesuburan jer.. so aku pun beralih ke instruction English. hehhh??  aku jadiii lagi pelikk! aku tgk kotak dia ada gambar baby, dah betul dah tu, tengok perkataan OVALUTION TEST ! 

DAMN terrrrrsalaaah beliiiii ! hahahaha aku gelakk guling-guling dulu.. pastu tengok jam dah pukul 10 malam mmg farmasi tutup dah nak pergi beli lain pun... Jadi, terpaksalah aku bagitau laki aku yg tengah menunggu tu yang aku dah tersalah beli... kikikiki  kesiannn pun hadooo kat dia.. hahaha
aku boleh mintak sorry jer laaa.. =P

p/s: itu laa makan dierrr... hahahaha

x.o.x.o
aira

09 November 2012

Makan jer lah...

Hi !

Hari ni dah hari Jumaat, dan esok cuti ! dan dua tiga hari ni, semua staff2 dalam ofis ni muka kosong, takdak perasaan dan mulut pun tak bercakap, senyappp jer.. itu tandanya diorang dlm zon pokai ! hahaha
ckp kat org, aku pun termasuk lah tu... =P duk kot ofis ni takder kerja, tgk series jer la... mmg goyang kaki betul.. Product dh keluar nanti, baru la semua nak start busy tak ingat dunia.

Nak di jadikan cerita, kawan-kawan sekerja aku ni memang kaki bahan.. diorang ni mmg sporting habis ! mmg takder lah masalah rakan sekerja yg ofis lain ada.. mmg susah nak cari environment kerja mcmni..
Disebabkan kitorang mmg FREE sangat~sangat~sangattt,khusyuk tgk youtube segala.. mmg senyap lah! Aku jadi boring.. bila aku boring, aku lapar, bila aku lapar.. mesti la aku cari makan!

Pagi td, ada kawan belanja nasi lemak bungkus, dia beli bnyak.. sekali tak habis.. aku makan lah 2 bungkus. Lg pun mmg nasi lemak dia sikit.. =P ( alasan kah? hahaha ) Alhamdulillah, dia bawa breakfast untuk kitorang yg tgh pokai. =D kemudian main FB jap, harvest Farmville aku.. lalalala dan lain2.. pastu terus tgk NIKITA.

Tup tup tup, jam dah nak pukul 12 tgh hari..aku ajak la diorang gi turun.. tp diorang ckp, kenyang lagi, jap g nak g sembahyang Jumaat (ya la kann.. lupa plak hari ni ada Friday Prayer! ). So aku sorang2 la turun gi tapau makanan. Beli la Char Koey Teow kat foodcourt ofis aku nih.. Pastu aku naik dan makanlah makanan aku tu... Pastu dah kenyang duduk jap dlm 10-15 minit.. Tiba2 rasa cam boring lak nanti, takder benda nak mengunyah.. =( dah la rehat 2 jam setengah!

Me : Weyh, aku ni nak kena turun lagi la.. nak gi beli makanan sikit, desert ka pa..hmm.. nak pesan tak?
Kawan 1 : Banyak nya hang makan Aira ! lain macam jaaa.. makan untuk dua org ka pa?? hahaha
Kawan 2 : Tu arr.. aku pun prasan mcm tak bnyak kali plak dia duk melantak.. seleraa semacam
Me : *Blurr.. duk fikir siapa lg sorang?* Oihhh.. belum!belummm lagiii.. hahaha dh aku rasa nak makan, aku makan lah! hampa semua saja cari point kann..

Aku turun ja lah.. sambil tu duk fikir, eh, yer ker aku makan bnyak hari ni? cm normal jer.. hari2 aku camni..
hahaha siot laa kan konon nak kata aku bunting pelamin la tu. Hahaha tak semua org okay dpt rezeki begitu cepat.. Kalau ada tu ada laa..

Apa yang penting! aku mmg hari-hari cmni..
Tergiang-ngiang lawak Abang Fadzil, "Aira,hang ni makan sikit tapi banyak kali!" hahaha " <------ akan="akan" ayat2="ayat2" baik="baik" betul="betul" budak="budak" dia..="dia.." dia="dia" dlm="dlm" huhu="huhu" kalau="kalau" kat="kat" kata="kata" lagi="lagi" lebih="lebih" menambah="menambah" mmg="mmg" nasib="nasib" naya="naya" ni.="ni." ofis="ofis" p="p" percaya="percaya" saya="saya" tak="tak" takdak="takdak" ungkapan="ungkapan">
x.o.x.o

a i r a


08 November 2012

Top TV Series

Hi !

Minat tgk TV series tak? aku mula minat tgk Tv series ni sejak ada internet yg extreme laju kat rumah, mula laa minat download series2 yang catchy di mata. Kalau movie, sekejap jer, 2 jam dah hbis tengok, pastu kena google cerita lain, sampai tak tahu nak cari citer aper lagi. Dulu tak minat sbb kena tunggu episod baru keluar seminggu sekali..leceyh tapi bila dah minat tu beria-ria nak tgk semua episod terus.

First TV series yg mula2 buat aku start follow ialah Tru Blood !


1. Series ni aku terpaksa beli kat kedai DVD dah takder citer lain, sbb dulu-dulu time takder keje, boring sangat kat rumah. Jadi beli jer laaa... orang tu ckp ni citer vampire manyakk best. Aku pun yer kan jer lah ! Mmg half Season 1 ni dh berjaya buat aku gila dah.. =P hahaha
Nak kata sama cm Twilight tak jugak.. sbb vampire diorang lain sikit, spesies lain kot. 
Banyak scene "lalala".. agak dewasa citer ni hehehe
sekarang dah Season 6 okayh.. still gigih mengikut !  =)

Sementara Tru Blood ni nak update season baru, ada kawan yg minat TV series jugak rekemen satu series lagi.. Mula dia ckp citer ni mcm CSI, aku dgr jer CSI tu..aku terus potong "alaaa malas la citer detektif2 nih.!". Pastu dia kata, citer dia mcm CSI tp bukan CSI.. masih citer mcm Polis2 tp tentang Serial Killer yg bunuh Serial Killer! aku pun cam heh? creative sgt.. Nama tajuk dia ialah DEXTER !

dengar nama tu aku ingatkan citer ni 


terfikir jugak.. sejak biler si Dexter sengal ni bleh jadi serial killer?
 gay sangat ! Bukan yer ni Dexter Lab yg lain..


2. Mmg citer pasal Pakar Forensik yg bunuh serial killer, dia lagi dasyat dr polis, dia siasat, dia dapat dulu, pastu dia jugak sendiri pi cari pi bunuh.. potong-potong campak dalam laut ! camtu jer.. =P 
Gempak cerita nih :) skrg pun dah  sampai Season 7

Sambil2 tu terjumpa series ke-3, The Vampire Diaries !


3. Macam ala-ala Twillight dan Tru Blood, walaupun mcm ala-ala jer, bezanya cast dia jauhhh lebih berupa okayh.. terutama skali Ian Somerhalder.. mmg tgk citer ni sbb dier jer yg plg utama. hehe.

Aku pun minat fairytale, ada jugak Fairy Tale, skrg ni selain citer2 diatas, Once Upon A Time dan The Grimm pun lebih kurang jugak.. beza dia seram dgn tak jer... tp lebih prefer Once Upon A time ! =)




Beralih ke komedi, Hot in Cleveland mmg boleh buat aku gelak sebab Nenek tua ni duk kenakan janda2 yg tinggal serumah dengan dia. Mmg lawak habis. Sekarang mmg tengah tunggu season baru dia keluar. = (




2nd last dan lastly, skrg tgh gigih mengikut series2 ni, dkat ofis.. =P bukan mengular yer, mmg aku ni staff gigih yg buat kerja sampai aku takdak kerja..hahaha NIKITA dan Beauty and The Beast !
2-2 ni cerita lawan-lawan.. perempuan okay.. tu yg best. Kalau lelaki aku prefer sorang jer kalau2 bab lawan2 ni.. Tom Cruise only! =P 

Beauty and The Beast ni tak mcm dlm disney yer.. tp lelaki tu tetap monster sbb kena inject virus yg boleh buatkan dia jadi ganas dan kuat. Baru sangat2 citer ni, baik aku ikut dulu sebelum masuk astro. =P setakat ni mmg best, taktahu la episod2 yg berikutnya.. nanti kita info cmner. =)



Kira semua cerita kat atas ni mmg direkemenkan la.. itu pun mengikut taste aku....
taktau taste korang cmner kann, kot-kot minat cm citer Glee .. well, everybody have their own taste okay. =)

p/s: tgh tggu gaji! pfft..

x.o.x.o


a i  r a

06 November 2012

Hello After Three Years !

Hi, =D

Setelah 3 tahun,
Here I am.. entah, nak berblog semula atau tidak  = /
Sudah lama meninggalkan dunia blogging ni atas sebab dah mula bekerja + malas.. =(
Blog private selama ni sbb nak stop, nak delete sayang plak, mana la tahu, minat lama ini kembali.
orang dah beribu2 followers.. aku baru nak buat COMEBACK! comeback sangatt.. duhh T_T

What's new? 
Oh wellzah, Aku baru sahaja menamatkan zaman bujang 4 hari lepas !! =P
hahaha senyap punya senyap.. tup tup dah kahwin kannn.. korang hado??
lalala It's okay.. i'm still the same, walau jodoh sampai awal.


Skrg tengah create new template (saja nak test test).. wajah baru untuk ruang blog ni,
still working it out.. bukan senang tau nak buat walaupun diri seorang designer.
Kalau tak jadi, jumpa lagi next 3 years k, sbb aku mudah fed up dgn benda tak menjadi ni ! tunggu jadi Mummy pulak.. hoho

With Love,
a i r a





Followers

Twitter