01 June 2014

Pengalaman Bersalin - Part 2

bersambung...

aku ditolak ke labor room, dlm kepala waktu tu terbayang mcm bilik bedah... tapi mcm bilik jer aku tgk.. siap bersofa. huhu aku terpaksa berjalan sendiri untuk naik atas katil yg tersedia dlm labor roon tu.. skali contraction datang.. perghh takleh gerak ! nurse suruh gerak cepat2 bila sakit reda.. Lepas reda ja, cepat2 aku turun katil berlari anak naik atas katil labor room.

Terbaring menunggu doktor pakar bius datang. Sekali dia dh sampai, siap perkenalkan diri bagai, namanya Dr. Khoo. dlm kepala aku tak dah heran weyyy.. cepat sikit ! huhu.. dia tanya nurse bukaan aku dh berapa nak ambil injection ni.. Nurse ckp dalam 1.5 / 2cm.. hehe Terbeliak mata pakar bius tu.. "Awal lg ooo.." katanya. Nurse mnjawab balik aku dah sakit lama dan kuat, lgpun arahan doktor yg rawat aku.

lepas kena inject epidural tu, mmg reda sgt2 after 5mins, sakit tetap ada, tp boleh la aku nak bercakap dan prepare untuk tido. sorang nurse temankan aku dlm labor room, tapi aku takbleh tido la plak... aku jd kerja nak mnyembang saja.. sampai pukul 4pg lebih mcm tu,baru rasa nak tido penat bercakap kot. dah pesan kat nurse pegang hp aku, ajar dia cmner nak call husband aku klau apa2, dan jaean telefon klau sapa2 call. ceyhh ada PA tuu.. kehkehkeh..

dlam pukul 7.30 pg camtu aku lalok2 terjaga. nampak encik suami duduk kat sofa, seperti biasa tgh main game. haih.. doktor pun dah sampai dr subuh td standby untuk aku. Dia gerak aku, sebab nak check bukaan. Alhamdulillah dah 9cm ! dia cakap in an hour, you can see your baby already.. wahhh terus smangat,aku tak sabar nak tgk baby aku..!

dlm 8.58am, baby pun dah berjays aku lahirkan secara normal, anak aku tak nangis masa keluar tu, dia cuma merengek2 sj. Aku bleh nampak baby aku di cuci kat sebelah katil sementara aku di jahit.Suami aku plak tersengih2 duk tangkap gambar baby.

Selepas dibalut siap, doktor suruh suami azankan baby.

Baby start berteriak kuat bila nenek dia dtg mnjenguk aku di labor room.. dari jauh dgr suara nenek dia, terus dia jerit! hahaha

Pengalaman mngandung dan bersalin yg amat bermakna dan mncabar sgt but worth it.. mmg gumbira sangat hati tgk baby, kaji ikut muka mcm siapa. hehe apa pun aku ucapkan selamat bersalin, klau pembaca yg sdg membaca entry ni tgh mngandung. :)

x.o.x.o
a ir a

18 May 2014

Pengalaman Bersalin Anak Sulung - Part 1

Salam readers,

Hari ni dah masuk hari ke-15 aku berpantang bersalin anak sulung.

Amacam rasa?
Susah nak describe, Entri ni nak bercerita pengalamanku, you guys can have your own opinion !
seronok ker ? perit sakit ker ? huhu but its very unforgettable experience, as I can still feel it, like i just give birth yesterday. =P

So, ini kisahnya....

25th April 2014, Friday

Hari temujanji di Metro Specialist Hospital,  follow up for 36 weeks pregnancy ! Waktu ni aku dah nervous + happy, sebab baby dah sampai kandungan matang, dan selamat untuk dilahirkan bila-bila masa. Macam entri sebelum ni, dah ckp kan, aku tak perlu tunggu due date lg, sbb sejarah leaking air ketuban, so takut infection kepada baby..huhu

Doktor nampak jer muka aku kat pintu bilik dia, terus bertanya
"How are you today Aira? dah rasa sakit??" soalan yg paling hampeh..
of course takder rasa apa2 lg.. so, doktor nasihat kan suami aku, bawa aku pergi jalan2 round2 shopping mall ke per.. bagi bukaan cepat, dan sakit sendiri.. Kalau tak sakit, jugak dlm minggu ni, aku dipersilakan pilih tarikh, dan dia akan paksa salin pada kandungan 37 weeks! Bila check bukaan pada hari ni, pintu rahim just lembut shj, belum ada apa2 bukaan, masih jauhhh kata doktor..

...................................................................................................................................................................

Balik jer, gigih aku ni bersih bilik tidur, katil dan barang-barang baby sorang-sorang, yg laki aku sibuk main Chess kat komputer! tugas dia bersih2 kipas dan tingkap dari habuk. Bila aku mengeluh penat jer, dia tau tanya "Dah sakit nak beranak ke yang?" amboii amboii...

merata la aku berjalan dalam minggu ni,  kesayangan aku bawa, sampai ke Gurney Penang, tawaf bertingkat2 mall tu, makan Dominos Pizza (favourite sepanjang mengandung ni), marathon wayang dan segala macam.. but still takder apa2 tanda.. sehinggalah masuknya bulan May.

...................................................................................................................................................................

2nd May 2014, Friday

Dah 37 weeks, very last appointment T_T ! aku bawa barang2 siap2, takut kena admit hari ni, pagi-pagi pukul 7.30, encik suami bawa aku singgah di Taman Jubli Perak,Sg Petani. Niat nak singgah tgk teman-teman Herbalife buat roadshow analisis kesihatan. Tapi kami ambil peluang jalan keliling satu taman yg bapak besar dan jauh track dia, dgn harapan, mana tau jumpa doktor nanti dah ada bukaan sikit.. Pukul 9 sampai hospital, around 10.00am, baru dapat jumpa doktor, dan tetiba Mama aku pun muncul jgk kat hospital nak kepohci jumpa doktor sekali (maklumlah cucu pertama).

Soalan yg sama aku dapat, "dah sakit dah??"... Energetic lg adaaaa!
doktor pun check bukaan, mmg takder apa-apa.. baby taknak keluar lg.. huhu so dokor suruh decide bila nak paksa salin? which mean induce.. huhu

Aku perhati tajam kalendar kat atas meja doktor tu, "Bila eh bila??"... "dah betul-betul ready ker aku ni nak sakit bersalin??" dlm hati duk berkata-kata.. Last-last "Hari ni boleh doktor?" haha Saya masuk wad hari ni, kalau ada 3 bedded room, kalau takder, next week je lah.. huhu sebab aper request 3 bedded? sbb promotion ckp bg 3 bedded, dan semua pesakit nak bersalin dlm bilik tu! buat per nak masuk 6 bedded? nanti sakit takmau-mau,duk tension dgn 5 orang/penyakit punya ragam nanti.. haha

Bila pembantu doktor check, dan keputusannya ADA! wahhh lg bertambah nervous!

Masuk wad pukul 11pagi,  dan aku di-induced pd pukul 1petang. Hmm risau jer nak rasa contraction tu.. teringat  rasa sakit masa time gugur dulu..dulu baby besar separuh tapak tangan pun dah sakit nak gila.. ini pulak janin yg dah matang.. eh bukan janin, A Human already! mcm2 duk main2 kat fikiran aku, aku duk fikir kawan2 yg kecik dari aku pun dah anak 3 org, takkan aku takbleh beranak sorang ni pun.. hehe

Dalam masa pukul 5ptg - 7ptg aku dah mula rasa mild contraction.. rasa sakit segugut cramp2 biasa nak mai period gitu.. takper boleh tahan lagi.. dah lali dgn sakit segugut ni..

Nak jd cerita, lepas Maghrib, munculnya isteri sepupu aku yg super kalut! hahaha sembang punya sembang, sambil2 tu dia takutkan aku dgn kisah-kisah kawan dia (dia bersalin C-sec, takder pengalama Normal) dgn selamba diaa.. bukan main2 tau.. mmg dia serius bercerita, mcm mana rupa Mami Jarum-Rita Rudaini tu bercerita, sebijik sebentuk mcm tu laaaa.. Tiba-tiba contraction makin kuat, penangan tension dgr cerita-cerita dia kot, buat aku susah nak bernafas dek menahan sakit. Pejam mata sambil berselawat,sambil tu sengaja aku genggam pergelangan tangan isteri sepupu aku ni kuattt -kuattt.. apa lg,dia lg takut dari aku, terus picit butang panggil nurse. Nurse pun check contraction aku, sambil tu aku nampak muka isteri sepupu aku ni berkerut jer..mcm dia yg sakitt! nurse pun decide bg aku ubat tahan sakit.. bukan tahan sakit sgt pun, tp bg lali supaya kita tak layan sgt sakit tu..

Dlm masa tu, encik suami sampai, bawa makanan, anggur merah, dgn air kelapa.. tp sebab dan inject ubat.. aku menguyah sambil tutup mata, sebab mengantuk sgt, dlm pada masa yg sama, sakit contraction tu tetap terasa.

Dah pukul 11.45mlm, suami aku minta izin nak balik tido kat rumah! tak selesa nak tido dlm kereta katanya.. kalau apa-apa call jer dia. huhu so menghadap lah aku sakit sorang2, kalau ada budget lebih, dah ambil bilik VIP dah aku, so suami bleh tunggu sekali =(  pasrah sj lah.
Kira-kira pukul 1pg contraction lagi2 kuat! mmg betul2 sakit, ubat pelali tu mmg useless aku rasa, sbb aku takleh tido pun.. buat aku lg penat ader laaa, sbb tertido masa contraction hilang, terjaga bila contraction datang.. every 3 minutes pulak tu! mmg sakit sgt dah ni, mmg aku nak mintak Epidural! so nurse pun check bukaan, "Dik baru 2 cm laa.. so epidural takleh lg, doktor ckp dh buka 3-4cm baru bleh bg epidural, awal lg nih" hehh??? alamakkk.. mengeluh kuat aku! ok takper, aku terpaksa tahan jer lah.. sampai terduduk atas katil sambil tersengguk2 mengantuk, tak selesa berbaring.

dlm pukul 2.30pm contraction lg bertambah kuat, sampaikan teddy bear kecik yg adik aku sengaja bg aku masa melawat, aku gigit2, tarik2, tumbuk2 ! tambah pulak dgr katil sebelah, akak ni dah selamat bersalin, bleh plak tido berdengkur punya kuat.. bunyi2 tu buat aku bertambah lagi rimass, dan susah sgt nak bernafas.. Sakit contraction yg dtg ni buat kita keras mcm batang pensel, kalau cuba nak pusing, "PRakk" bunyi mcm tulang patah.. huhu risau dgr bunyi tu.. air ketuban pun dah mula pecah, kali ni aku siap duduk atas kerusi, susun bantal bertingkat atas katil, tido menunduk atas bantal yg aku susun tu.

Aku picit butang pggil nurse, air ketuban dah pecah dan keluar bnyak.. sekali lg nurse check bukaan.. aku confident sakit yg dah betul2 kuat, aku dengan harapan at least dah 3cm aku ni,
bleh minta epidural ! huhu

Nurse : "Dik, masih 2cm lg.."
Aku    :"whatt??? alaa sy takleh ambik epidural jgk ker? mmg sakit lg kuat ni"
Nurse : "Tu laa, sakit adik mmg dah kuat ni, patut bukaan dah bnyak, adik nak Ceaser tak?"
Aku    : "Taknak.. selagi saya bleh normal, sy tahan lah.. taknak Ceaser!"

Nurse pun blah keluar.. menahan lg aku sakit.. waaaa terngiang2, kata2 nurse tu, "nak Ceaser tak?" cam nakkk jer.. tapi dlm hati duk mengucap, "Ya Allah, mudahkan aku bersalin Normal, Kuatkan semangat aku.." sambil2 tu bayangkan lah  dlm kepala RM 6 ribu nak kena bayar nanti kalau Ceaser, cnfirm terus kuat semangat terasa nak jimat !

dalam 30min tu datanglah nurse tu balik, bawa geng dia ngan file..

Nurse : "Jom dik, naik gi labor room, kita inject epidural, akak dh cakap dgn doktor adik sakit sgt2 dah"

Aku pun lega sgt dengar apa nurse tu ckp, tak sabar aku nak kena inject.. hoho.. Aku pun mesej jer suami aku inform dh naik labor room. Confirm2 tido tak hengat dunia dah.. sbb takder reply. huhu

aku pun di tolak ke Labor room....

bersambungg.....
14 April 2014

Strecthmark Semasa Mengandung !

Salam and hello readers,

Entry ni nak share tentang STRECHMARK ! Terutama sekali sewaktu kita mengandung ni..

Apa itu Stretchmark ?

Strecthmark ni adalah rekahan pada kulit yg sedang menegang. Tentu sekali sgtlah hodoh okayyy... Sebab tanda ni kalau dah naik, ia akan KEKAL !

Dulu masa early pregnancy ( perut pun tak nampak lagi ) kakak ipar aku ada pesan suruh pakai cream untuk prevent strecthmark kat perut masa awal-awal ni. Well, masa tu aku iyer-iyer kan je lah, sbb dlm kepala aku waktu tu Strecthmark ni akan naik kat orang yg berlebihan berat badan jer, perut aku ramai orang duk cakap " kecikk jer perut" "eh kecikkknyaa perut ".. Dah sebab aku pun kecik, makan Herbalife pun untuk gainweight. So no wayyy akan naik tanda hodoh tu.

Still aku pakai sj cream2 yg sesuai dan selamat untuk di pakai semasa mengandung. Tak boleh sebarangan yerr... Tapi kejap pakai, kejap lupa... Camtu laaa...

Dalam meniti minggu ke bulan, perut ku makin besar ni, dan tegang sangat, sbb aku ni petite jer orangnya, doktor yg aku cakap, baby awak ikut genetik bapak dia ni ! Haaaa... Walaupun kandungan kecil, tapi padat sgt dlm perut, so bayangkan la perut tegang mcm mana kan..

One day, aku kena admit hospital, huhu (admit lg) hehehe yg ni sbb aku pedih ulu hati, gara-gara makan terlalu bnyak malam sebelum tu, smpai cirit birit dan muntah2. Di wad, dalam aku tengah2 boring tu, aku perhati jer keliling, tengok2 orang, ada yg tengah tahan sakit contaction, tunggu masa nak bersalin. Dari situ aku nampak perut2 yang penuh dgn tanda-tanda ni.... Mcm2 corak, macam fesyen, warna, bila tanya," mengandung anak ke berapa kak? " .. Diorang jawab "Sulung !"..

Contoh-contoh strectmark



Haaa aku dah mula cuak, dlm kepala aku nak cepat discharge, dan nak pkai cream ni secara serius! Taknak ambil ringan dah benda ni..! Bila dah balik rumah tu, mmg aku belek2 la kulit aku, kat perut belum ada, tapi dah naik kat area buttocks..  Tu pun dah buat aku rasa hodoh dah.. Pagi, Malam, aku sapu.. kalau dah naik tu, bila dah bersalin baru nak sapu bagai memang TAKKAN HILANG hanya akan MEMUDARKAN sahaja. So better mencegah daripada merawat.!


Ada orang yang berbangga dengan tanda-tanda ni, kerana ini adalah tanda saya menjadi seorang ibu ! Hiks bagi aku, cukup laaaa ada anak tu sbgai tanda kita ni ibu, tanda ni mmg NO NO for me.. Suami tegur "takbleh hilang ker?" nanti acaner? Huhu  Just my 2cents

Prinsip aku mmg i care my skin the most ! Apa benda yg nak pkai kat muka pun aku cerewet, sbb pernah ada pengalaman kulit rosak!

Apapun jangan anggap badan kurus pun tak naik yer, tak kat perut, kat tempat lain.. Kalau yg jenis berbadan besar..hmmm. Lagi laaah.

And ask yourself are you willing to live with those marks forever?? Your choice... :)

Kalau nak tahu cream aper? Bukan nak jual produk semata, but solutions!
Nak pakai cream yg sama aku pakai bleh add Whatsapp / FB / mesej di 012 2109919

X.0.X.0
a ir a
12 April 2014

I'm a Mom - To - Be

Salam and hello readers.., :)

Kali ni entry kena happy- happy sikit tak boleh stress!  Hehe
Alhamdulillah, sekarang dah preggy 34 weeks 3 days... Less than 2 weeks nak lepas garisan selamat untuk bayi matang dlm kandungan.

Baru keluar seminggu dari wad, sbb leaking air ketuban masa kandungan 33weeks, tak bnyak tp titik titik jer..  Kena inject bg matang paru2 baby siap, sbb takut terberanak awal plak... So far so good after 6 hari kat wad, air ketuban dah seal balik, dan bertambah.. ( Suami sy spend the whole week kat hospital, sampai sakit2 pinggang,haha kesian dierr ) Pastu doktor pun bg balik.. Alhamdulilllah.. hari-hari duk mengharap kandungan dpt bertahan sampai 36weeks.. Sekarang tak bleh gerak pi mana2, duduk kat rumah jer.. Sbb taknak benda sama berulang. :(  padahal.. Balik hospital, sempat laki aku bw gi tgk wayang..hahaha alaa sehari jerr!

10hb April, appointment dgn doktor... Huhu takut jugak kena tahan lg ke per.. Tp so far so good, baby doing well dlm womb ni, air ketuban pun ok! Tapiii... Doktor ckp, dia tak nasihatkan tunggu sampai due date which be on this 21st May (40weeks).. Dh cukup 36weeks, aku kena banyak jalan bg laluan cepat buka dan sakit sendiri..huhu klau tak sakit by this 1st May, sila pilih tarikh la untuk di induce.. Terus tiba2 terasa ngilu bila doktor sebut induce!  Sbb aper kena mcm tu, sbb untuk elak jangkitan kuman, sbb aku dh ada sintom2 turun air segala.. Itu semua disebabkan kuman.. 

Firts baby, apa pun aku sanggup.. Ni duduk rumah, sunyi jakun semua ada rela ku harungi... Cuma fokus  jaga pergerakan - Makan dan makan untuk gain baby weight - 36 weeks  ! Lepas tu jalan lah aku kemana sj ku mahu pergi ! 

Tahu- tahu sj mcm tu, aku balik terus kemas2 sikit barang baby, basuh apa yg patut.. Oh tak lupa jugak, barang2 aku untuk dibawa ke hospital... Tapi sampai skrg tak lengkap2 lg barang aku tu dlm beg.. Stokin, baju yg bersesuaian, bla bla bla takder lagi.. T_T menyedihkan betul la aku nih.. hehehe barang baby insyaallah lengkap dah.

Apa pun doakan aku lepas 36 weeks tu, dan selamat bersalin, plg penting baby sihat.. Aminn

X.0.X.0
a ir a
24 February 2014

Aku Terima Nikahnya

Salam,
(muncul setahun sekali aku ni..hehe)

Pernah baca buku ni?

ada banyak cerita-cerita kisah tentang perkahwinan, dari mcm mana nak terbinanya sebuah masjid itu dan nak maintain masjid itu.. Kisah semua memang tentang cinta dan perkahwinan, tetapi cerita cinta dan setiap perkahwinan itu berbeza-beza..

Tak sama manisnya,
Tak sama dugaan dia,

         Kalau di facebook aku ada follow banyak ruangan fan page, fan page Kelab-kelab bagi wanita mengandung, rumah tangga bahagia, dan persatuan isteri-isteri ( wah bayangan macam bini2 gengster pulak kan..?) Sebab-sebab aku follow page2 ni adalah kerana nak tahu tentang2 tips penjagaan masa mengandung ni, dan of course penjagaan baby..

of course la, first time nak jadi Mummy ni, mmg tak tahu apa-apa langsung, taknak sejarah keguguran berulang lg.. =)

sbb lain-lain tu aku guna page ni untuk promote Weight Loss Challenge ! hahaha aku tunggu jer si mak-mak ni complain kat page2 ni diorang gemuk tak kurus-kurus payah nak turun (hormon bertukar lepas beranak ! memang jd lagi susah) dan juga mak mak, yg kurus badan naik time preggy jer, tu pun tak bnyak.. mmg aku akan offer as Personal Coach Herbalife, aku boleh nak tolong.. Nak atau taknak itu belakang kira.. =)

Balik kepada cerita asal, bukan setakat hal mengandung/baby yg aku baca, ada juga, yg buat luahan-luahan hati, dan bertanyakan penyelesaian masalah-masalah suami isteri.. hmm

Ada suami mengadu si isteri buat hal, adaaa tapi tak bnyak, mungkin sbb majoriti orang perempuan yg ada dlm group tu..
Ada isteri mengadu si suami buat hal, lagi-lagi masa tengah mengandung, ini paling banyak..

Memang turut sedih kalau terbaca kisah diorang ni, terbayang dan terletak diri kita kat tempat dia mcm mana rasa... ada yg teruk dan lagi lagi teruk pun ada, terfikir bagaimana tergamaknya si lelaki yg berstatus suami sanggup buat isteri itu bukan siapa-siapa...
Memang automatik hati akan berdoa, jauhkan la suami kita tak buat mcm lelaki2 ni buat.

Tapi, yg jarang-jarang ni lg best, iaitu bila ada suami yg bertanyakan soalan,

 "Aper saya nak buat camner dengan isteri saya ni?? Asyik balik kerja mlm, dinner meeting dengan boss..mcm kat rumah tak ada suami nak di layan.. bla bla bla "

" Saya dapat tahu isteri saya bercinta dengan bekas kekasih dia, bla bla bla sehingga kini tak dapat terima saya sebagai suami.. walaupun nafkah tiap-tiap bulan saya bagi.. apa yg patut saya buat? "

Kesiankan..? tapi mmg tak banyak, yang lelaki baik baik , ambil berat hal sakit, makan minum isteri semua sapu dekat si perempuan yg sikit pun tak heran dan ambil kisah.. Memang selalu kes2 mcm ni, orang akan komen, lelaki-lelaki yg selalu buat hal patut dapat bini mcm tu baru diorang masak !
yer kann?

Suami 99% mereka adalah akal, 1% adalah nafsu

Memang selalu sangat kita dengar... Sampai sekarang tak faham apa jenis hati dan pemikiran mereka sebenarnya.. BETUL! aku mengaku, diorang mmg banyak "akal" tapi tak pandai guna..

Nafkah isteri setiap bulan tak reti nak bagi, isteri kat rumah akan pejam mata jer. Bila isteri tanya suami,

Suami : Kewangan kita sekarang ni kurang.. kita kena berjimat-jimat..

Dalam hati Isteri, takperlah nanti ada duit, suami aku akan bagi laa.. bagi aku makan minum aku dan anak-anak ni dah cukup Alhamdulillah..

Nak tambah kredit kat telefon si isteri RM 10.00 dlm sebulan pun tak pernah , tapi tahu-tahu kat belakang sanggup bayar buta-buta RM 100.00 untuk 1 jam kat pelacur..

Rasa kesian dekat si isteri ker? kan??
Kalau aku, lebih baik kesiankan si suami tu, RM100 tu kalau bg isteri dan anak dia dapat jugak PAHALA akhirat.. Kalau RM 100 kau guna main pelacur, silalah MALU sikit, Allah letak syurga bawah kat tapak kaki suami.

Isteri dengan anak makan mahal sikit tak boleh, kau makan mahal boleh eh?

Layak ker?? Sumpah tak selera weyhh aku...!

**Kebanyakkannya, kalau suami yang jalankan tanggungjawab sebaiknya tu TAHNIAH, beruntung keluarga anda... =)

Isteri - 99% mereka adalah nafsu, 1 % adalah akal

Nafsu aper? nafsu shopping?? yes-yes!! hahaha s
apa tak seronok kalau boleh shopping, satu benda tak cukup, nak beli banyakkk 2..
design cantik,
warna cantik,
ngam2 lagi saiz...
Kalau isteri yg takder duit bulanan tu, takleh la nak fikir benda2 ni, kumpul duit sendiri, ambil sikit2..

Tapi jangan terkejut, ramai jer isteri cari makan luar jugak.. hahaha Suami jangan tak tau...
Isteri cantik-cantik kat rumah dapat allowance dari orang luar.. Tak cantik pun ada jugak yg dapat !
Zaman sekarang yes! ada kawan-kawan yg aku kenal buat perangai mcm ni, jenis hati kering cmner entah, kelakar pun ada kalau dengar alasan-alasan diorang ni.

Suami : Sayang, i balik kerja awal kot hari ni, nak makan apa? makan kat luar jom..

Isteri : Alaaa hari ni hari Rabu ada ladies night ngan kawan2 lama, bukan senang suami diorang nak bg keluar tu.. ni baru ada masa boleh berjumpa..

Dalam hati suami, ermm, takperla isteri aku sekali sekala keluar dengan kawan-kawan dia, bukan selalu pun.. Hari ni ada bola,sapa lawan sapa eh?

Suami kat rumah tengah tengok bola jaga anak-anak, isteri dia main bola kat luar..saper tahuu kan..?

**TAHNIAH, kalau tak dapat isteri perangai mcm ni, jaga dia elok-elok, baik harap dia memasak, dari Suami yg "MASAK".. kerugian

Kesimpulan, aku taknak simpul2 apa,hehehe sangat susah nak komen, lain orang lain masalah, juga cara penyelesaian dia.. Cuba cari tempat mengadu yg betul,jgn salah pilih orang silap2 kena cucuk lagi bertambah bara.. Kalau dah tahu diri bersalah terhadap pasangan masing2, reti-retilah diri untuk menghormati hati dan perasaan serta kejujuran masing-masing. Kalau dah kahwin, buat cara dah kahwin! Yang tu jugak apa yg aku harap untuk diri aku dan suami.

byebye =)

x.o.x.o
a i r a

Followers

Twitter