Showing posts with label issues. Show all posts
Showing posts with label issues. Show all posts
11 July 2009

Kembali Ke Sekolah??

Orang cakap, bila kita dah habis zaman persekolahan...
kita akan mempunyai keinginan untuk kembali ke sekolah semula..
ek??

soalan : Jika aku diberi peluang untuk kembali ke sekolah, mahukah aku??
Tidak sama sekali... buat pa??

why???!

Cerita di waktu Tadika atau Kindergarden

Bila dikenangkan...
aku seorang yg suka duduk berseorangan di atas tangga rumah Tadika... melihat budak2 lain main di tengah-tengah panas.. aku tak ikut main, aku tahu nanti aku kena buli..
cikgu-cikgu jer bnyak layan aku.. bertanyakan macam soalan..
aku pun lurus bendul menjawab segala yang ditanya..

Di waktu tadika, aku sedaya upaya bermegah-megah dengan kawan sekelasku..
terutama skali....
BOtol air dan Kotak Pensel... huh..
saper lagi canggih.. dia la menang... kawan-kawan aku suka sekali jeleskan aku..
Kawan : wei, tengok botol air kite, lawa tak? semalamkan kite gi parkson ngan mama kita, mama kite belikan... cmna?? canggih tak? boleh pusing sini, pusing sana.. lagikan.. papa kite bg hadiah, die beli pencil box warna pink kat kuala lumpur.. cantikkan?? haa.. ey jangan pegang!! nanti rosak kite report kat mama kite..

Aku : sori.. hmm.mlm ni aku pi ngan abah aku beli lg cnggih dari hang punya... jgn jeles!

bila pulang ke rumah.

Aku : Abah, nak beli botol air baru ngan pencil box!
Abah : Yang sekarang ni pakai pi mana??
Aku : Owh, la ni ada fesyen baru keluar.. kawan dah pakai...
Abah : Satgi abah pi beli...

tetapi sayang.. bapak ku terlupa belikan botol air, tetapi pencil box sahaja...
oklah, pandai2lah aku esok.. memang canggih bapak aku beli..

Di kelas,
Kawan : Kata nak beli?? dah beli dah kerr??
Aku : Dah.. ni dia.. haaa.. bapak aku beli taw.. mahal gila ooo..
Kawan : Apa ni weyh pencil box "Power Rangers" ?? eeee.. tu pencil box lelaki la... takda orang pakai laa... orang beli la barbie ker.. bunga2 ker.. baru la perempuan!
Aku : Lelaki ka?? ermm.. takpalah.. cantik pa.. ni ada power rangers pink.. ok lah!

sedeyh oo... benci aku ngan kawan-kawan yang suka menunjuk-nunjuk..
arlowww..azirahh.. saya sudah kasi cakap sama saya punya am'ma, dia kasi sama saya bawa itu botol kicap esok! apa macam? ada canggih???

Sekolah Rendah

Sekolah rendah, pada hari pertama, bapak aku ajar aku, bagaimana nak survive pada waktu rehat...
dia bagi aku 30sen, suruh aku gi beli air.. aku pun gi la beli... orang lain berebut.. aku pun berebut la...
masa darjah satu, di dalam kelas, aku disukai cikgu Bahasa Inggeris.. dia sering memuji aku di hadapan kelas depan2 budak2 kelas aku..

Cikgu : Tengok semua, tulisan dia paling cantik, semua kerja saya sentiasa siap! oleh itu saya akan hadiahkan sebuah komik untuknya nanti.
Aku : (berdiri dengan bangga....hehehe)

bermula pada hari itu, aku bersemangat nak masuk kelas cikgu itu.. kerana aku nak dpt komik... tapi tak dapat-dapat lagi sampai la sekarang..
tipu punya cikgu!

Akhir tahun darjah 2, aku teringin sekali nak jadi pengawas..kerana baju pengawas mmg cantik.. pada waktu itu peluang untuk menjadi pengawas di buka oleh cikgu pengawas, aku pun beria-ria nak jadi pengawas.. tetapi cikgu itu buat tak tahuuuu jer..buat2 tak nampak aku ini yng sedang mengangkat tangan.. sehingga berdiri atas kerusi.. smpai akhir.. dia buat tak tahu, dan terus keluar kelas, selepas mengambil nama pada murid2 yang berminat.. huh, agak malu la, kawan2 kelas aku nampak aku punya megah angkat tangan tapi tidak dilayan.. aku balik, aku nangis laaa.... aku bgtau mama, aku bgtau abah.. tetapi berjaya di tenangkan aku..

Darjah 3, aku sudah mula pandai berdendam, ada sorang budak perempuan ni.. oh si Wanie yg berlagak konon anak cikgu, dialah yg berkuasa, siyesli membuatkan aku menyampah gilerr dgn kelakuan dia yg lagak innocent! i dont like!

Disebabkan dia pandai, dan aku plak pandai cakap sampai ke darjah 6 aku sekelas dengan dier! dia menjadi favourite student kepada Cikgu Pengawas, iaitu cikgu Sains dari darjah 4 sampai lah darjah 6, empunya badan bernama Rogayah, pada zaman sekarang, tak main dah nama tu... dia sikit2 report kat cikgu gayah ni, kata aku itu ini...
aku tak suka sgt2 kat cikgu gayah tu.. dan dia pun tak suka ngan aku..
setiap pagi masuk kelas.. confirm muka mcm tepung gombak... lipstik merah "ang ang"..

Wanie : Huiyoo.. cikgu cantik la pagi ni!
Cik Gayah : Alah.. biasa-biasa ja...hehehe

Wah.. kaki bodek betul.. muka cmtu pun bleh kata lawa, i have no idea la.. atau dia pun suka gaya make up mcm tu..
perangai hodoh giler kot cikgu tu.. kutuk cikgu2 lain, then cakap main lepas jer...
Baik- baik naa... kami pun ex-xtudent Cikgu Gayah tau!

bila cik gayah marah aku, ini panggilan wajib yg diberikan padaku "anak orang kaya"
pantang nampak aku bersuara sembang2 dlm kelas dengan kawan sebelah aku, mmg kenalaa...

Cik Gayah : Kamu ni, mentang mak bapak kamu kaya, kamu ingat ni sekolah kamu?!? jangan nak berlagak anak orang kaya dalam kelas saya..

pernah sekali itu pernah diserang oleh bapak kawanku, kerana mulut, badan binasa. kerana dia kata kepada kawan ku yang agak slow belajar..
Cik Gayah : Nih kamu ni apsal otak lembab sangat?? bpk kamu bg makan duit haram apa hah?!

well.. kami masa itu baru umur 11 - 12 tahun.. manala tahu nak balas balik... menangis sampai balik tahu laa...
nak masuk darjah 6.. merupakan peristiwa yang paling tidak dapat ku lupakan...dengan cik gayah ni.. iaitu masa pengumuman kelas..
turun kelas ker??
atau stay kat kelas A ?? iaitu kelas generation ku dr drjah 4..
dierlah... yg bacakan nama satu persatu

Cik Gayah : Fatin,...Fazli,....., KELAS A.. tahun depan.. Sita, Aishah.. kamu KELAS B.. tahniah yerr...
Aku : cikgu, saya??
Cik Gayah : Hmm.. nama kamu?? tadak kat sini.. Kamu nanti diberhentikan dari sekolah!

semua budak2 kelas aku, tengok aku.. wah.. air mata dah bertakung..tahan jerr..
aperla aku dah buat?? geram giler aku time tu..
sampai jer rumah... aku menangis guling-guling haa.. sampai tak berdaya nak ckp!
aper lagi.. bapak aku pergi terus sekolah, tak jumpa cikgu tu, terus tanya guru besar..
apa sebab aku diberhentikan?? Guru besar pelik... aku kata.. Cikgu Gayah bgtau!
rupanya, dia tipu aku kot.. aku menangis lagi depan cikgu kelas aku, sampai cikgu pujuk2 aku...ahaa cikgu gayah tu.. mmg jeles ngan aku la..

Nak masuk sekolah menengah, aku tak pilih awal2.. aku tunggu semua kawan dah confirm
sekolah yg diorang nak pergi.. pastu aku gi check sorang2.. terutama sekali.. Si wanie gampang tu..aku taknak sama sekolah dgn dia..

Sekolah Menengah

sekolah menengah, yes.. aku dapat menjadi seorang pengawas.. rupanya cikgu english aku, cikgu pengawas.. huh.. barulah aku dapat merasa dunia diberi perhatian aku menjadi favourite student dier hinggalaaa.. form 3..
why form 3 jer?? form 4?? form 5??

ini cerita dier.. masa form 4 aku ada krisis sikit..
iaitu.. aku bergaduh gila-gila-gila dgn kawan baik aku... "tripple gila" la senang!
orang kata kalau sekolah perempuan saja, perempuan semua cm buas sket..
oh yer la kan...
gaduh cmner ek?? woo.. tak main la gaduh mulut ja..
ni semua tangan jer naik..tp kaki tak naik la.. cmner pun kemenangan selalu berpihak kepada ku.. sebab aku pengawas, dan cikgu lebih percaya kepada aku... lagi laa diorang taram dendam kat aku.. tapi its ok.. kami tak gaduh lama-lama.. kami berbaik jugak semula..
kemudian.. dua-dua orang kami stuck into a great-great-great problem.. "tripple great" la senang!
kitorang satu group terlupa nak bawa buku latihan perdagangan yang patut kena hantar pada hari itu... waa.. mau mengamuk cikgu tu... dia kira tak cukup, lagi 10 buku tak ada.. aa.. geng2 aku lah tu.. pastu ada sorang budak cina ni.. pergi mengaku dia tak hntar buku...

"cikgu, saya tak hantar.. minta maaf cikgu.." sambil menundukkan kepala..

mau saja.. kami semua nak melangkah kehadapan nak mengaku tak hantar... belum sempat nak angkat kaki....
KURANG AJAR!! KENAPA KAMU TAK HANTAR?? MAIN-MAIN DENGAN SAYA, SAYA HANTUK KEPALA KAMU SAMPAI TADAK RUPA!! LAGI SAPA LAGI??!

fuhh.. dia tengking memang bergema, muka cikgu ni ala-ala mami.. mata besar, siyes besar lg dari aku tau.. hidung pun tajam mcm pisau lepat..
mau dia tengking mcm tu.. sapa berani nak keluar?? uish.. pikir sepuluh kami semua ni.. semua hanya pandang memandang kat aku, paham la.. memek muka memberi pertanyaan..
"apa nak buat wey??"

adoii.. tanya aku, lagi la aku tak tahu, aku pun ketar lutut... tp aku la langkah keluar dulu.. diikuti 8 orang lagi.. waaa.. nak tahu apa kami kena??

dia tolak budak cina tu ketepi dengan ganasnya... dia tendang kelapan2 meja sampai terbalik.. pastu lagi sikit dia nak tampar muka kami satu persatu.. aper dia kata??
uish.. private confidential!
mau kena demerit sampai 30 markah.. termasuklah aku.. waaa
dibawah akta.. melawan cikgu..
biler masa kami melawan cikgu?? bukan dier ker lawan kami? tolak habis meja baling buku ala-ala WWE ! disebabkan, semua salah faham ini tidak dapat diselesaikan.. sampai mengheret satu sekolah.. aku dah jadi tension gila-gila..

So.. bapak aku tukarkan aku ke sekolah lain.. aku tak jd pengawas dah di sekolah tu.. walaupun di offer lg.. tp taknak lah.. dah fobia aku.. jadi la student biasa..
sekolah yang baruku ini, majoriti pelajar india, cina, tetapi melayu boleh kira pakai jari..
kelas aku 6 orang jer budak melayu, boleh dikatakan satu tingkatan.. haa.. sikitkan..
senang la sikit.. kawan ngan lain bangsa lagi best..
selama 1 tahun 1/2 ...
aku kat sekolah tu, aku dapat menamatkan zaman sekolah aku dengan jayanya tanpa sebarang masaalah..

Aku : Cikgu, apa pendapat cikgu kalau saya sambung form 6??
Cikgu Hilmi : Buat pa nak sambung Form 6?? nak pakai baju sekolah lagi? baik belah ja...
Aku : Yer tak yer kan cikgu....

Sekarang
sebab itu lah.. sampai sekarang aku sudah berada di campus hitam yang so called as a university iteww..

Based on the story above, that is why, i would never back to school !!
everything is because of some of my Teacher's ...

apsal ngan muka korang??



ada penat baca kah??


bb.
Airarora
23 June 2009

H1N1

Perghh.. ada orang telah mengingatkan aku pasal virus H1N1 nih...
naik ketar lutut plak ...

remiders to all Local LIMKOKWING STUDENTS!

korang jangan la sesedap hati menikmati cuti anda, sebelum melangkah ke semester baru..
hehehe..
apakah korang perasan yang kebanyakan student interNATIONAL..
dah balik ke kampung halaman masing2.. dan kemudian akan balik plak ke Malaysia???
huu.. alamat kita semua kena pakai penutup mulut sebagai langkah berjaga-jaga..
anda boleh dapatkan di farmasi yang berdekatan okeyh...
(yang kal duk gelak2kan sorang perempuan india pakai benda tu kehulu kehilir kat Lab)
lepas ni kita plak pkai eh?? hmm..

pak-pak hitam yang tak spot tu dah la berlambak kat tempat kita..
area sunway! (mengingatkan aku kepada perempuan indon kat rumah aku tuh.. shitt lah!)

watever it is...
just stay away from... from... from.. H1N1..!

bb.
Airarora
11 June 2009

Pengemis

Cerita ni tak baru tak lama.. tapi everyday happen!

aku selalu gi dinner dkat area2 Sunway nih ngan kawan-kawan aku..
kerang bakar...
ikan bakar...
semuanya bakar2...

Dalam tengah syok2 makan.. bergelak ketawa bagai tak ingat dunia.. tiba2

"assalamualaiiikOmmm!" budak perempuan kecil berumur likungan 8-9 tahun memberi salam... dia memegang sehelai kertas ditangan. Dan yang bersamanya adiknya, dan ibu atau neneknya...(ntahla... tua dah). nampak muka jer dah paham..minta sedekah of course!
so on that time, duit agak masyuk! aku bagi la RM2 dah yang lain buat bodoh... huhu then terus sambung menyembang....


untuk kali kedua aku ke restoran itu lagi... makcik yang sama dtg meminta sedekah kat tempat itu lagi.. kali ni aku tak bagi.. aku menggelengkan kepala saja dgn senyuman (sedekah jugak tu ok!).. reaction dia, menarik budak 8 tahun tu, dan memandang aku seolah-olah tak puas hati, aku tak bagi duit! dalam hati, aku dah naik bengang tu sia... tambah kawan2 aku pun perasan memek muka dia kat aku time tu... huh.. pantang aku orang mengerling camtu! cibet tol! then, sambil aku makan, aku perhati makcik nih duk pergi minta kat meja2 lain.. ada yang bagi..ada yang tak bagi... yang bagi, dia buat muka sedih ucap terima kasih.. yang tak bagi..terima kasih pun tadak!


Kali ketiga, aku datang lagi mkn di situ, still masih ada lagi mak cik ni datang.. "bapak hari-hari dia datang sini minta sedekah!" aku ckp kat kawan aku. Siyeli, sejak dia action ngan mata dia konon nak lawan ngan mata aku.. aku dah tension, dah very annoy, diorang dtg duk meminta2 dan tunggu sampai kita bagi di tepi meja... kali ini juga, aku masih menggelengkan kepala.. tapi tak pandang muka dia! hmmph! pastu this time aku perhati tingkah lagu dia sampai habis.. sampai kat satu meja nih, ada satu keluarga tengah makan.. bagi Rm5 kat dia.. then, bagi ayam sorang satu kat budak2 tu.. yang ni.. dia senyum lebar gilerr.. ucapan terima kasih tak sudah keluar dari mulut dia... dapat RM5 kan.. banyak gak tu.. lepas habis aktiviti dia mlm tu.. aku melihat dia jalan ikut laluan belakang, aku melihat dia nak kemana pulak dia lepas ni.. dia jalan meninggalkan budak2 tu kat belakang dan pandai2 la ko melintas.. wah! bukan main time minta sedekah kat orang dia pimpin dan gengggam tangan anak dia mcm sayang giler.. bila duit dah dapat.. dia lantak jer kat budak2 tu... WTF!
Sindeket ker per nihh?

aku balik, aku cerita kat housemate aku, dia ckp maybe sindeket. dan dia suruh aku interview tengok satu hari nanti ngan makcik ni.. huhu

agak2 aku nak buat tak??


bb.
Airarora
08 May 2009

Didik budak..

tadi time aku makan, aku teringat peristiwa kawan baik aku kena basuh dengan jiran dier.. gara-gara sebab salah didik anak dier la konon.. Anak dia mmg cute sgt, and tak nakal, tapi mak dier plak jgn tnya la cmner.....huhu


Ita : weyh jom bawa budak ni pi jalan2 kat luaq..mak dia sedap2 tinggal anak dia kat aku !
Aira : Jom la...

kat luar...ada kucing tengah duduk rehat di depan rumah..

Ita : Daniel..daniel.. tgk tuu... ada "meow meow!" tuu...tuu... panggil meow ... Meowwwww!!

-pangg!! penampar sederhana kuat hinggap di belakang kepala kawan aku..
dia mengusap kepalanya..

Mak Daniel : Hoi! sapa suruh hang jangan ajar anak aku meow meow ?! hang nak bagi anak aku bodo?

Ita : Habis tu.. dah kata dah, tu kucing! kucing mmg bunyi "meow" pun kan! takkan menyalak (membalas dgn bengangnya)

Mak Daniel : Aku tak mau hang ajar anak aku Kucing -kucing , meow - meow ka pa! kata CAT !

Aira : HAHAHAHA...!

Mak Daniel : (menjeling giler tajam padaku..)

Aira : (tersenyap sama sekali)

Ita : owh CAtttt... Daniel, THAT IS A CAT! (nada perli)

Mak Daniel : haa.. cmtu la baru betul ! (dan terus berlalu pergi dengan gah)

Aira : ee.. yek! mengada-ngada. Nah suruh ajar anak dia jadi so English apsal ntah.. mak dia tu reti ka nak cakap English?? konon2 nak buat anak dia tak reti cakap Melayu la nanti.. uwekss! badan dah macam lembu dh mak dia tu.. asyik pergi tumpang makan rumah orang ja. hishhh..

Ita : Hang tau takpa, ingat badan besar cmtu aku takut sangat! Daniel, Daniel.. THAT IS A COW! (sambil menunding jari ke arah mak dia)

Aira : hahaha.. jahat sial hang ni.. dia panggil mak dia lembu kang. tak pasai!

Ita : Haihhh.. bukan lembu! COW!

Aira : durhh...


bb.
Airarora
29 March 2009

Earth Hour

Owh yes.. aku join!
bersama-sama dgn kawan-kawan di Puchong.. and siyesli..
ader jugak k*mak-k*mak yang tak paham... just for an hour pun tak bleh..
and i dun think our country dont really care about it...

Buat iklan bnyak2 pun cm tak guna jerr...
media kita pun tak ikut... still on jer..
padahal diorang jugak yg advertise semua nih...
durhh..

cuba tengok negara lain..
wow.. bagunan yg diorang bangga selama ni pun lampu dipadamkan..
kita nih? iyee... so lame.. sorry.. i dont mean really "kita".. cuz i'm 100% joined !
i mean others... hehehe

~tata~

bb.
Airarora
08 February 2009

Here's about Gaza again...

Skrg aku ada benda nak tulis!
and of coz, about Gaza.

Aku tgk Majalah 3 semalam, mmg betul2 buat aku menangis. tambah2 pasal kanak-kanak yg perlu membuat pembedahan hati di Mesir tak dpt dibuat, disebabkan sempadan Mesir ditutup!
Ini mengingatkan aku kepada arwah adik aku, meninggal semasa umur 3 bulan akibat sakit sindrom.

Ada seorang wanita yg mereka temu ramah, meminta semua umat Islam bersatu menyelamatkan mereka, dan hanya berserah kepada Allah S.W.T . mmg aku sedih, geram semua ada..

ada sorang Crew Majalah 3 tu hanya asyik suruh kita bayang~bayang~bayang~bayangkan~bayangkanlah!

WTF bayangkan~lah???

asyik suruh bayang selagi tu semua asyik tau bayanggggggg saja,
Kesedihan pun dah jadi bayanggggg-bayangggggggg
Keperitan mereka tak dapat kita ingat, sebab kita cuma bayanggggggggg!
PADAHAL DISANA NYAWA DAH MELAYANGGGGG...

Sembang anda, "Kalau boleh aku nak pi tolong orang Palestin, sakit hati aku tengok."
sembang jerrrr.. padahal di Malaysia pun dah bleh tolong...

dengan derma?? Nope! ITU JATUH CARTA KEDUA!
apa carta PERTAMA?? BOIKOT larrr...

Aku tak bleh tahan tgk ada orang Islam kita sendiri masih lagi sanggup melayan Starbuck, Mcdonald, KFC, Coca-cola dan lain-lain. Sorry, i have to write about this thing jika anda tidak memboikot produk ini, walaupun dah tahu sepatutnya kita MEMANG KENA BOIKOT!

Aper akan mati kah anda jika tak mkn mknan ini semua??
Hello! wake up guys! we here eating like a pig!
How about them??

Daging mereka sampai melekat kat dinding!!

kenapa tak boikot???

BUKAN NEGARA KITA,
BUKAN NYAWA KITA,
BUKAN NYAWA IBU BAPA KITA,
BUKAN ANAK KITA

KAN????


kedai-kedai makan, baik kedai mamak skali pun.. STOP SELLING THIS PRODUCTS!
people wont buy, if u stop selling those products!

This is a tip for you guys if u really~really can't remember your responsibility!

Write on a piece of paper, list down what products we have to boycott
then,



READ IT!


MEMORIZE IT!



EAT IT!


bb.
Airarora
03 February 2009

Tukar ke Celcom?

hmm... aku pengguna perkhidmatan Maxis..
pakai line lagi plak tu.. plus ada Maxis Broadband jugak.

Hmm.. aku cam dah boring la ngan Maxis ni.. Sumtimes rasa tak pakai bnyak mana pun..
mesej?? tak sgt? Call..?? tak selalu... tapi rasa cam Mahal la plak..
aku rasa cm nak tukar ke Celcom laa.. ok ker huh??

anda pengguna Celcom tak?? is that a good idea?

sbb bila aku perhati bill Maxis aku.. bnyak gila extra charges!
extra sms value.. RM8.00 mcm tak masuk akal.. aku bukan kaki mesej orang pun..
selalu bila boring2 and hal penting sj..
dulu aku pkai tak pernah lebih dari RM50 sebulan.. siyes!
bf takder so bleh jimat. haha
but bila makin lama aku pkai servis Maxis..
terasa seperti perbelanjaan on this *shit meningkat sampai RM100 lebih da skrg..
terasa sgt duit bnyak keluar...
aku teringat kawan aku ckp "Maxis ni ada bnyak charge tersembunyi.."
now i thing it do make sense!

balik KL.. aku nak tukar ke Celcom, kekal numb lama (syg number angka birthday)
tukar ke Celcom??? ok ka?
plss help!


bb.
Airarora
30 January 2009

Blogger Setan

Blog ini telah dijumpai oleh my very best partner En. Qarl...
aku agak terkejut dgn penemuan beliau dalam mencari blog2 yg penuh dengan penipuan..
dia menyeru anda semua untuk flag kan blog ini...

http://syurga-islam.blogspot.com/

Blog ini mengandungi ulasan2 palsu yg boleh mengundang kemarahan orang-orang islam seluruh dunia..
Setan ini telah banyak menghina ajaran Islam, dan Nabi Muhamad S.A.W..
Harap anda semua tidak menjadi ikutan setan brengset ini...

Apa apa pun just flag as Hate and Violent!!



Orang yang MURTAD dari Islam, akan dibunuh! Goblok punya Agama!

"Agama ini di Malaysia dan sebahagian besar negara-negara yang pemerintahnya 'Islam', akan membunuh atau membuatkan orang islam yang murtad tidak selamat. Mereka mendokong, itu semua ajaran-ajaran nabi dan allah mereka! Dalam alquran dan hadis-hadis, sudah jelas-jelas mereka menghalalkan cara ini. Menurut orang-orang islam, ini semua 'arahan' Nabi Muhamad palsu dan allah palsu mereka!"


Kenapa ya kamu kata Islam goblok, jika orang Murtad dari Islam, akan dibunuh??
apakah lo takut mati sebab dah keluar dari agama??
berpuluh2 entry ko menghina Islam... ko tak takut mati lagi??
apa lo teringin sangat2 nak menjadi nabi?? sehingga kamu labelkan posted by Nabi Muhamad?

hbis apa agama kamu?? setahu aku tiada agama yg mengajar pengganutnya berkelakuan seprti lo!

sialan punya perempuan! hilang jari-jarian sampai tak bleh main komputer baru tahu!


bb.
Airarora
28 January 2009

Boikot "Rihanna Live in KL " ??


Aku terima offline mesej ini dari rakan YM aku..

28/1/2009
1:40:10 AM
Sama2lah kita memboikot konsert "Rihanna Live in KL" pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti. Yang ditaja oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Menurut sumber yang sahih akan Rihanna akan mengadakan persembahan pada pukul 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil. Sebarkan. Mereka di Palestin sedang menderita. Kita??


hmm... ramai pihak mengatakan yang kita patut memboikot sesetengah barangan. Ini semua adalah untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini sedang menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Macam konser Rihanna ni pulak.. dah tentu ramai yg dah membeli tiket nak tengok konsert. Harga tiket bukan murah... mahal jugak perr.. Tapi terserahla pada individu itu sendiri sama ada nak pergi jugak, atau koyakkan sj tiket tu (eh eh jangan koyak, simpan buat kenangan, konon pergila)..
Mau fikir berkali-kali jugak eh.. Ramai antara kita minat Rihanna..dan yang nak pergi semua tu nak tgk dia in REAL! that's why..

Kalau mcm aku, nak tgk mereka ni in REAL.. yup! for sure ada.. tapi disebabkan aku ni bapak kedekut! baik aku simpan untuk diri sendiri.. dari tengok dia gelek, baik aku tgk kawan aku gelek, takpun sendiri buat! hahaha just my opinion larr..

balik kepada msg td, kita kenalah fikirkan saudara kita yang sedang menderita disana..
apakah disini kita bersorak2 "we want more!! more!" atau "Aaaaa...We Love you Rihanna!!" (tiru jer eh.. konsert2 siyes aku tak pernah pergi)
apakah disana pula menjerit "Mak!!! Ayah!!" atau "Anakku!!!" atau "Allahuakhbarr!!"
Everything is in your hand... No one can stop you...

bb.
Airarora
27 January 2009

Niaga Saing Sama Kita Malaysia


hee... tajuk entry pada hari ni mungkin betul dan mungkin berbelit sikit.
Aperpun pasal niaga saing sesama kita yg berniaga.
Tetapi aku tak berniaga la eh.. This is just an issue! =)

Seperti yg kita tahu dan boleh lihat, orang kaum cina menguasai dalam bidang perniagaan, sesungguhnya dah memang menjadi bakat mereka sendiri dlm mengurus bidang perniagaan mereka yang tersendiri.. Kalau nampak jer kedai besar-besar, hebat-hebat dan laku plak tu.. semestinya selalu shj kedai Orang cina.. tak kira la kedai runcit ker, restoran, dan lain-lain. Dengan hasil jualan yg melimpah-limpah keuntungannya, digunakan untuk upgrade perniagaan mereka.
contohnya : Gerai -> Kedai -> Restoran Mewah -> Francais
wow! begitu la yerr..

Tapi cuba tengok orang Melayu pulak berniaga... macam mana tu eh?
sesetengah Orang Melayu masuk dalam bidang perniagaan untuk mendapat keuntungan dan cepat kaya ~ obviosly.

Contoh melayu punya cara : Ada satu deretan kedai baru dibina di satu kawasan perumahan dalam bnyak2 kedai yg baru dibuka di situ ada Restoran Mamak, Kedai Runcit Melayu, Restoran Makanan Thai Melayu, 7Eleven. Jadi, ada 2 restoran, dan 2 kedai barangan harian. Bila kita tengok kedai restoran makan ni laku benar kat situ, tup tup dalam beberapa minggu muncul lagi satu kedai makan.. menghidangkan menu yang sama. dan ada lagi kedai runcit dibuka.. Alih-alih dan jadi 1 kedai mamak, 2 kedai makan, 3 kedai runcit.
haa.. nampak tak? jelas apa yg dimaksudkan?

Apa yang dimaksudkan ialah, Orang Melayu pantang nampak orang lain maju sikit dlm perniagaan. Mereka pun tetap juga nak ikut sama maju tetapi dengan membuka kedai yg sama, ditempat yang sama, semuanya sama.. huahaha.. yang kedai mamak tu, kita ketepikanlah kan, sebab diorang jual produk mereka sendiri mcm Capati, Thosai, Nan tandoori..
Adakah anda sudah menyedarinya skrg??
Anda juga mungkin pernah nampak dalam satu deretan kedai.. ada 5 kedai runcit sekaligus. sampai tak tahu kedai mana satu yg kita nak masuk. Kemudian sampai bila suatu masa, akan ada 2 hingga 3 premis di situ tutup, kerana tidak dapat pulangan yang baik. Kan?
Mana tidaknya.. sehingga 5 kedai runcit yg mnjual barangan yg sama mana nak cari untung? itu tak campur lagi kalau ada Tesco, Carefour, Makro, Giant dan yg sewaktu dengannya.

Macam di Taman Perumahan aku rumah kedai semua penuh dgn perniagaan orang Cina, masing-masing ada produk tersendiri. Orang Melayu disini bnyak buka kedai kecil-kecilan shj. mcm menjual kuih muih, pisang goreng, jual burger, Nasi Lemak.. Baru-baru ini, ada seorang abang yang aku kenali cukup lama (sejak dari bangku sekolah rendah lagi). Dia berniaga part time menjual burger pada waktu malam, so hardworking! of course burger dia mmg sedap (dah bertahun2 masak burger katakan) dan ramai pelanggan. Bila baru-baru ni aku balik dari Uni, ada jirannya selang beberapa rumah (aku kenali juga) pun.. buka gerai burger! rumah jiran ni, dah ada perniagaan sendiri menjual barang kemas (buka dirumah). Cucunya takder kerja, kira menggangurla.. jadi dia bg modal buka gerai burger, juga didepan rumah. Kalau difikirkan, taman ni dah ada 8 gerai burger, 6 yg lain di lokasi yg berbeza-beza (jauh la sket beberapa ratus meter). Agak kesian la kat abang ni, jiran dia buka gerai burger jauhnya selang 2 rumah shj... perniagaan dah maju, ada plak saingan yg sama disitu.

Kata orang : Lain Orang Lain Rezekinya..
benarkah? mmg aku akui.. nak cari rezeki cukup-cukup makan sj kah?
kenapa kita tidak mencuba suatu perniagaan yg tidak mendatangkan apa-apa saingan dgn sesama Melayu? Pernahkah sebelum membuka perniagaan, kita mengkaji lokasi??
Lagi satu contoh, di taman aku ini.. ada 7 Butik Pengantin agak baru dibuka!
dalam taman yaww.. perkhidmatan sama sahaja..
apa hari2 ada berpuluh2 orang nak kahwin dalam taman ney? again i say "Melayu" also..

How about Indian people?? No comment, we all know. They have their own style and culture.

Wateva it is... Why not we Malay try something Unique??
Tidak salah membuka sesuatu yg unik, kerana manusia mmg suka yang unik.


bb.
Airarora
12 January 2009

Nasi Lemak berdekatan "Hotel"

This is the story..
at 6.45am, when i sent my siblings to school, i feel like i want to eat something..
i think about 'Roti Canai' at first,but when i passed the stall..
they are not ready yet...
Then, i'm think about 'Nasi Lemak'..
so i drive to the 'Nasi Lemak' stall at the back are of Park Avenue Hotel..
Luckily, it's open...! haha

i parked my car in front of her stall, and open my car window...

A : makcik, bg nasi lemak sebungkus..
M: nak yg biasa punya ka??
A : sambal udang ada?
M: ada... nak?
A : ok...

Guess what, it cost me RM1.20 !!
Woaa... expensive!
it was just wrapped with old news paper and plastic! i thought 'daun pisang'!
hmm.. then i open it up,
The rice.. aiyoo.. so little.. it just like 3/4 cup of coffee..
Next, lets talk about the 'sambal udang'... udang kering semata-mata..
and it's about 5 !

The egg?? dont ask.. i dont recognise it was an egg..
Nuts?? hmm.. about 4 nuts!
Cucumber?? none!

aahuh.. usually i only buy 'Nasi Lemak' (wrapped with paper) only for 50sen to 60sen..
sambal udang jugak ngek!

but at this stall.. yg biasa pun dah 70sen! i only upgrade it to 'sambal udang'...
it cost me RM1.20!
wow.. skim cepat kaya nihh.. economy dah la tgh down!

i can get 2 of them u know!! haishh

hmm, i just ate it.. and back to sleep!


bb.
Airarora
08 January 2009

Stop stupid 'HANTU' things in Media!

Kenapa keblakangan ini media televisyen kita begitu kerap mengiklankan 'Hantu'...
atau lebih tepat lg Iblis dan Syaitan... seolah-olah seperti memanggil2 makhluk tersebut..

Setiap hari iklan seperti Filem dan Drama seram di tayang berulang-ulang kali di kaca TV sampai ke tengah malam... penting sangatkah nak mempromosikan cerita itu?? pulak tu lakonan dan kostum 'Hantu 'seperti menyerupai makhluk itu.. Bukan itu sahaja, malah iklan nada dering telefon suara2 pelik itu pun diiklankan di televisyen.. apakah benda dan bunyi-bunyian sebegini begitu menyeronokkan?? nak dijadikan cerita dah beberapa kali jantungku berderau dgn iklan2 ini..

Waktu aku tak boleh nak melelapkan mata, of course aku tengok TV... dalam duk perhati iklan produk kecantikan, makanan, tiba-tiba...

"saksikan Puaka Niang Rapik...... bla bla bla"

aku pun apalagi.. melompat mcm katak.. meraba-raba katil aku cari remote nak tukar channel..
kalau jumpa nasib la, tp mmg aku takkan switch ke channel tu balik...
Pengalaman remote tak jumpa pun ada,iaitu time iklan nada dering telefon..

"Adakah anda ingin bunyi bayi menangis sepeti ini.... 'wuaaawuwaaaa' atau yang ini 'ahahahhahahahhaahaha' segeralah ON PUAKA dan hantar ke bla.. bla...bla.."

Aku time tu memang gila 'ba alip ba ya' punya takut.. remote tak jumpa terpaksa dgr la bunyi setan tu dlm selimut sambil tekup telinga.. dah la TV agak kuat sebab time tu tgh tgk cerita Action! Kung Fu maaa... i like! haha

Mak aku punya cerita plak.. kat kedai makan .. sampai tersembur nasi-nasi dari mulut sbb terkejut! kat restoran plak tu.. bapak malu eyh..

Cerita atau Filem seram nih.. bukannya aku tak minat, minat juga..
tp selalunya tgk kat wayang jer la... cuma adakah wajar iklan2 tu nak tayang kat TV??

Cuba anda fikir, kesian kat pakcik2 dan makcik2 yg lemah jantung ka pa.. haa.. aku ni pun yg baru masuk 19 pun dah melompat, apakan pula mereka ini yg ada masalah tak bleh tidur malam macam aku ni.. entah2 diorang pun seangkatan terlompat2 mencari remote!

Bg aku, tak patut sama sekali tayang benda2 mcm ni.. BODO kot...
benda2 mcm tu kita tak patut meniru dan lakonkan.. sebab Iblis tu wujud.. saya ulang WUJUD!
dan tak perlu kita agung-agungkan dan membuat-buat..!

wallahualam

who with me?? put up ur hand!! LOL

bb.
Airarora
06 January 2009

Help Gaza!

DONT buy this three products!!


- Starbucks Coffee

Well, i dont have any problem about this.. because i'm not even of fan of this product...
but a lot of my friend like addicted to Starbucks...
Well my friends, i recomend you to try 'Wings Coffee'.. huhu much better than Starbucks Coffee!

- Colgate

Aww... i think 'Ubat Gigi Kayu Sugi' much better!
or.. dont brush your teeth at all... hahaha Your Choice!



- Coca Cola

This is my favourite! but dont drink it anymore... it will caused diabetes!


bb.
Airarora

Followers

Twitter