08 January 2009

Stop stupid 'HANTU' things in Media!

Kenapa keblakangan ini media televisyen kita begitu kerap mengiklankan 'Hantu'...
atau lebih tepat lg Iblis dan Syaitan... seolah-olah seperti memanggil2 makhluk tersebut..

Setiap hari iklan seperti Filem dan Drama seram di tayang berulang-ulang kali di kaca TV sampai ke tengah malam... penting sangatkah nak mempromosikan cerita itu?? pulak tu lakonan dan kostum 'Hantu 'seperti menyerupai makhluk itu.. Bukan itu sahaja, malah iklan nada dering telefon suara2 pelik itu pun diiklankan di televisyen.. apakah benda dan bunyi-bunyian sebegini begitu menyeronokkan?? nak dijadikan cerita dah beberapa kali jantungku berderau dgn iklan2 ini..

Waktu aku tak boleh nak melelapkan mata, of course aku tengok TV... dalam duk perhati iklan produk kecantikan, makanan, tiba-tiba...

"saksikan Puaka Niang Rapik...... bla bla bla"

aku pun apalagi.. melompat mcm katak.. meraba-raba katil aku cari remote nak tukar channel..
kalau jumpa nasib la, tp mmg aku takkan switch ke channel tu balik...
Pengalaman remote tak jumpa pun ada,iaitu time iklan nada dering telefon..

"Adakah anda ingin bunyi bayi menangis sepeti ini.... 'wuaaawuwaaaa' atau yang ini 'ahahahhahahahhaahaha' segeralah ON PUAKA dan hantar ke bla.. bla...bla.."

Aku time tu memang gila 'ba alip ba ya' punya takut.. remote tak jumpa terpaksa dgr la bunyi setan tu dlm selimut sambil tekup telinga.. dah la TV agak kuat sebab time tu tgh tgk cerita Action! Kung Fu maaa... i like! haha

Mak aku punya cerita plak.. kat kedai makan .. sampai tersembur nasi-nasi dari mulut sbb terkejut! kat restoran plak tu.. bapak malu eyh..

Cerita atau Filem seram nih.. bukannya aku tak minat, minat juga..
tp selalunya tgk kat wayang jer la... cuma adakah wajar iklan2 tu nak tayang kat TV??

Cuba anda fikir, kesian kat pakcik2 dan makcik2 yg lemah jantung ka pa.. haa.. aku ni pun yg baru masuk 19 pun dah melompat, apakan pula mereka ini yg ada masalah tak bleh tidur malam macam aku ni.. entah2 diorang pun seangkatan terlompat2 mencari remote!

Bg aku, tak patut sama sekali tayang benda2 mcm ni.. BODO kot...
benda2 mcm tu kita tak patut meniru dan lakonkan.. sebab Iblis tu wujud.. saya ulang WUJUD!
dan tak perlu kita agung-agungkan dan membuat-buat..!

wallahualam

who with me?? put up ur hand!! LOL

bb.
Airarora

1 comments:

Karl Hummingbird said...

saya sokong sambil mengangkat kedua2 tangan saya dan juga kedua2 belah kaki saya..

* dpt bayangkan keadaan saya ketika ini?? haha

Followers

Twitter