24 February 2014

Aku Terima Nikahnya

Salam,
(muncul setahun sekali aku ni..hehe)

Pernah baca buku ni?

ada banyak cerita-cerita kisah tentang perkahwinan, dari mcm mana nak terbinanya sebuah masjid itu dan nak maintain masjid itu.. Kisah semua memang tentang cinta dan perkahwinan, tetapi cerita cinta dan setiap perkahwinan itu berbeza-beza..

Tak sama manisnya,
Tak sama dugaan dia,

         Kalau di facebook aku ada follow banyak ruangan fan page, fan page Kelab-kelab bagi wanita mengandung, rumah tangga bahagia, dan persatuan isteri-isteri ( wah bayangan macam bini2 gengster pulak kan..?) Sebab-sebab aku follow page2 ni adalah kerana nak tahu tentang2 tips penjagaan masa mengandung ni, dan of course penjagaan baby..

of course la, first time nak jadi Mummy ni, mmg tak tahu apa-apa langsung, taknak sejarah keguguran berulang lg.. =)

sbb lain-lain tu aku guna page ni untuk promote Weight Loss Challenge ! hahaha aku tunggu jer si mak-mak ni complain kat page2 ni diorang gemuk tak kurus-kurus payah nak turun (hormon bertukar lepas beranak ! memang jd lagi susah) dan juga mak mak, yg kurus badan naik time preggy jer, tu pun tak bnyak.. mmg aku akan offer as Personal Coach Herbalife, aku boleh nak tolong.. Nak atau taknak itu belakang kira.. =)

Balik kepada cerita asal, bukan setakat hal mengandung/baby yg aku baca, ada juga, yg buat luahan-luahan hati, dan bertanyakan penyelesaian masalah-masalah suami isteri.. hmm

Ada suami mengadu si isteri buat hal, adaaa tapi tak bnyak, mungkin sbb majoriti orang perempuan yg ada dlm group tu..
Ada isteri mengadu si suami buat hal, lagi-lagi masa tengah mengandung, ini paling banyak..

Memang turut sedih kalau terbaca kisah diorang ni, terbayang dan terletak diri kita kat tempat dia mcm mana rasa... ada yg teruk dan lagi lagi teruk pun ada, terfikir bagaimana tergamaknya si lelaki yg berstatus suami sanggup buat isteri itu bukan siapa-siapa...
Memang automatik hati akan berdoa, jauhkan la suami kita tak buat mcm lelaki2 ni buat.

Tapi, yg jarang-jarang ni lg best, iaitu bila ada suami yg bertanyakan soalan,

 "Aper saya nak buat camner dengan isteri saya ni?? Asyik balik kerja mlm, dinner meeting dengan boss..mcm kat rumah tak ada suami nak di layan.. bla bla bla "

" Saya dapat tahu isteri saya bercinta dengan bekas kekasih dia, bla bla bla sehingga kini tak dapat terima saya sebagai suami.. walaupun nafkah tiap-tiap bulan saya bagi.. apa yg patut saya buat? "

Kesiankan..? tapi mmg tak banyak, yang lelaki baik baik , ambil berat hal sakit, makan minum isteri semua sapu dekat si perempuan yg sikit pun tak heran dan ambil kisah.. Memang selalu kes2 mcm ni, orang akan komen, lelaki-lelaki yg selalu buat hal patut dapat bini mcm tu baru diorang masak !
yer kann?

Suami 99% mereka adalah akal, 1% adalah nafsu

Memang selalu sangat kita dengar... Sampai sekarang tak faham apa jenis hati dan pemikiran mereka sebenarnya.. BETUL! aku mengaku, diorang mmg banyak "akal" tapi tak pandai guna..

Nafkah isteri setiap bulan tak reti nak bagi, isteri kat rumah akan pejam mata jer. Bila isteri tanya suami,

Suami : Kewangan kita sekarang ni kurang.. kita kena berjimat-jimat..

Dalam hati Isteri, takperlah nanti ada duit, suami aku akan bagi laa.. bagi aku makan minum aku dan anak-anak ni dah cukup Alhamdulillah..

Nak tambah kredit kat telefon si isteri RM 10.00 dlm sebulan pun tak pernah , tapi tahu-tahu kat belakang sanggup bayar buta-buta RM 100.00 untuk 1 jam kat pelacur..

Rasa kesian dekat si isteri ker? kan??
Kalau aku, lebih baik kesiankan si suami tu, RM100 tu kalau bg isteri dan anak dia dapat jugak PAHALA akhirat.. Kalau RM 100 kau guna main pelacur, silalah MALU sikit, Allah letak syurga bawah kat tapak kaki suami.

Isteri dengan anak makan mahal sikit tak boleh, kau makan mahal boleh eh?

Layak ker?? Sumpah tak selera weyhh aku...!

**Kebanyakkannya, kalau suami yang jalankan tanggungjawab sebaiknya tu TAHNIAH, beruntung keluarga anda... =)

Isteri - 99% mereka adalah nafsu, 1 % adalah akal

Nafsu aper? nafsu shopping?? yes-yes!! hahaha s
apa tak seronok kalau boleh shopping, satu benda tak cukup, nak beli banyakkk 2..
design cantik,
warna cantik,
ngam2 lagi saiz...
Kalau isteri yg takder duit bulanan tu, takleh la nak fikir benda2 ni, kumpul duit sendiri, ambil sikit2..

Tapi jangan terkejut, ramai jer isteri cari makan luar jugak.. hahaha Suami jangan tak tau...
Isteri cantik-cantik kat rumah dapat allowance dari orang luar.. Tak cantik pun ada jugak yg dapat !
Zaman sekarang yes! ada kawan-kawan yg aku kenal buat perangai mcm ni, jenis hati kering cmner entah, kelakar pun ada kalau dengar alasan-alasan diorang ni.

Suami : Sayang, i balik kerja awal kot hari ni, nak makan apa? makan kat luar jom..

Isteri : Alaaa hari ni hari Rabu ada ladies night ngan kawan2 lama, bukan senang suami diorang nak bg keluar tu.. ni baru ada masa boleh berjumpa..

Dalam hati suami, ermm, takperla isteri aku sekali sekala keluar dengan kawan-kawan dia, bukan selalu pun.. Hari ni ada bola,sapa lawan sapa eh?

Suami kat rumah tengah tengok bola jaga anak-anak, isteri dia main bola kat luar..saper tahuu kan..?

**TAHNIAH, kalau tak dapat isteri perangai mcm ni, jaga dia elok-elok, baik harap dia memasak, dari Suami yg "MASAK".. kerugian

Kesimpulan, aku taknak simpul2 apa,hehehe sangat susah nak komen, lain orang lain masalah, juga cara penyelesaian dia.. Cuba cari tempat mengadu yg betul,jgn salah pilih orang silap2 kena cucuk lagi bertambah bara.. Kalau dah tahu diri bersalah terhadap pasangan masing2, reti-retilah diri untuk menghormati hati dan perasaan serta kejujuran masing-masing. Kalau dah kahwin, buat cara dah kahwin! Yang tu jugak apa yg aku harap untuk diri aku dan suami.

byebye =)

x.o.x.o
a i r a

0 comments:

Followers

Twitter